SISTEM E-SEMAKAN SPGA ANGKASA yang mula digunakan pada Oktober 2020 merupakan sebuah sistem atas talian yang membantu semua anggota koperasi mendapatkan penyata bulanan yang diuruskan oleh Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Kewangan ANGKASA (BPKK) secara layan diri. Anggota koperasi (pelanggan) hanya perlu mendaftar menggunakan No Kad Pengenalan/Polis/Tentera dilaman.

 

TATACARA PENDAFTARAN

1. Pilih Tab Daftar Keahlian

2. Masukkan NO KP Awam/Polis/Tentera (Bagi Tentera: T-Tentera Biasa,

    F-Pegawai Tentera Udara, N-Pegawai Tentera Laut, A-Pegawai Tentera Darat

3. Tekan butang Semak Status keahlian

4. Masukkan nombor telefon bimbit.

5. Masukkan nama ibu.

6. Tekan butang Daftar.

7. Kata Laluan dihantar ke telefon bimbit.

 

TATACARA LOG MASUK

1. Pilih Tab Log Masuk.

2. Masukkan NO.KP Awam/Polis/Tentera yang didaftarkan.

3. Masukkan Kata Laluan.

4. Tekan butang Log Masuk.

 

TATACARA PENGGUNAAN

1. Pilih Bulan dan Tahun dan tekan butang semak.

2. Tekan butang Info Lanjut untuk potongan terperinci.

3. Tekan butang Cetak untuk cetak atau simpan laporan.

4. Tekan butang Log Keluar untuk keluar dari sistem. 

 

TATACARA TUKAR KATA LALUAN

1. Tab Log Masuk.

2. Masukkan NO.KP Awam/Polis/Tentera.

3. Tekan butang Lupa/Tukar Kata Laluan.

4. Masukkan Nama Ibu.

5. Masukkan Kata Laluan Baru.

6. Masukkan sekali lagi Kata Laluan Baru.

7. Tekan butang Tukar Kata Laluan.

 

Sila hubungi talian 03-78061977 dengan memilih pilihan 1 atau emel ke "This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it." dengan meletakkan NO KP dan Nama Ibu jika terdapat sebarang masalah berkaitan log masuk ke sistem.